Menunggumu di Pintu Syurga

·
· PTS Litera Utama
4,5
118 отзывов
Электронная книга
130
Количество страниц

Об электронной книге

 Telah sampai janji Tuhan kepada saya, Memen yang Dia pinjamkan hampir 12 tahun, Dia ambil kembali pada 5 Julai 2014.Saya bukan ustazah, saya masih lagi berterusan belajar tentang agama, tetapi saya tetap sama seperti ibu-ibu yang lain, mahu anak-anaknya ke syurga.Inilah saya, mahu berkongsi tentang Memen, tentang seorang anak yang memberikan saya banyak kejutan semasa hayatnya, dan tidak saya tahu, selepas dia sudah tiada, kejutan yang diberikannya ternyata lebih besar.Kejutan-kejutan yang datang dengan bentuk cerita daripada mereka yang mengenalinya, tentang siapa sebenarnya Memen.Mahu saya berkongsi kisah Memen ini dengan banyak maksud yang baik, dan maksud paling utama adalah, didik dan sayangilah anak kita semampu kita, kerana kita tidak tahu, siapa yang akan pergi dahulu, kita ataupun mereka.Al-Fatihah

Оценки и отзывы

4,5
118 отзывов

Об авторе

Bahruddin Bekri

Nama sebenarnya Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri. Beliau berasal daripada Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke SMK Sadong Hilir (Semera). Selepas SPM penulis melanjutkan pelajaran ke matrikulasi UPM dan seterusnya ke Bachelor Ekonomi, juga di UPM.

Penulis mula menulis secara serius bermula pada tahun 2007. Sehingga kini, sudah lebih 20 buah bukunya diterbitkan. Novel 'Doa Untuk Aku' sudah diadaptasi menjadi drama televisyen. 

Beliau memilih gaya penulisan yang sederhana dan mudah bagi difahami oleh pembaca. Genre yang senang beliau uliti adalah genre berkenaan kehidupan manusia-manusia kecil. Antara kelebihan penulis, beliau mampu mengangkat tema-tema kecil menjadi sesuatu yang sangat dalam dan membuatkan pembaca terfikir-fikir. Gaya bahasanya walaupun mudah dan sederhana, tetapi lenggoknya memberikan rantaian keindahan apabila dibaca. Ia mempunyai magis yang tersendiri, sesuatu yang jarang dimiliki oleh penulis Malaysia.

Beliau sekarang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal Malaysia. Di samping menulis buku, beliau juga adalah seorang bapa kepada dua orang puteri (setakat artikel ini ditulis), juga sering dijemput menjadi penceramah penulisan kepada remaja.


Linda Rafar

Linda Rafar bukan satu nama yang asing lagi dalam dunia seni di Malaysia. Nama beliau sinonim dengan kumpulan Elite yang popular sekitar tahun 90-an. Beliau juga turut aktif dalam bidang lakonan tidak lama dulu. Walaupun bergelar selebriti, tanggungjawab beliau sebagai ibu digalas sebaiknya. Buku Menunggumu Di Pintu Syurga ini adalah buku pertama beliau bersama PTS. 

Linda Rafar kini menceburi bidang bisnes, dengan produk kecantikan beliau, LR Flawless Skincare.

Оцените электронную книгу

Поделитесь с нами своим мнением.

Где читать книги

Смартфоны и планшеты
Установите приложение Google Play Книги для Android или iPad/iPhone. Оно синхронизируется с вашим аккаунтом автоматически, и вы сможете читать любимые книги онлайн и офлайн где угодно.
Ноутбуки и настольные компьютеры
Слушайте аудиокниги из Google Play в веб-браузере на компьютере.
Устройства для чтения книг
Чтобы открыть книгу на таком устройстве для чтения, как Kobo, скачайте файл и добавьте его на устройство. Подробные инструкции можно найти в Справочном центре.